Tuesday 3 August 2010

Kuliah aqidah berjalan lancar

Semalam bermula jam 8 malam telah berlangsungnya kuliah aqidah bertempat di dewan Al Bukhari IPG Kampus Sultan Abd Halim.  Kuliah tersebut telah dihadiri oleh 40 orang pelajar PPISMP sem 3 iaitu kelas 2L dan 2M. Terdapat 3 orang pelajar telah membuat pembentangan mereka iaitu Amer Hamzah, Zaki dan Hakimi.  Ketiga tiga mereka telah membuat pembentangan yang amat baik dan mendapat sambutan menggalakkan dari semua pelajar. Tahniah!.

Bahan bahan dan nota Bahasa Arab PPISMP

Assalamualaikum..untuk semua anak anak murid ana dari kelas Agama PPISMP, samada kelas 2M, 2L dari sem 3 dan 1E/1F dari sem 1 atau mana mana pelajar yang berminat untuk mendapatkan nota nahu matan Ajrumiah dan Sorof matan Bina' sila dapatkannya disini.

Matan Ajrumiah
Nahu Arab

Monday 2 August 2010

Kuliah Aqidah

Kuliah aqidah akan diadakan pada 3 Ogos 2010 di dewan Al Bukhari IPGKSAH.  Kuliah ini akan diadakan bermula jam 8.00 malam dan akan berlangsung selama 3 jam.  Memandangkan tajuk aqidah merupakan silibus atau muqarrar bagi pelajar sem 3 PPISMP maka ianya akan dijalankan bagi memantapkan lagi perbahasan berkaitan dengan aqidah.

Kuliah Nahu Saraf

Ramai pelajar IPGKSAH khususnya dari kumpulan Agama menyatakan mereka amat berminat untuk mengikuti kelas Nahu bahasa Arab yang mengguna pakai kitab kitab 'Turath' atau kitab kitab tradisional seperti yang diguna pakai di pusat-pusat pengajian pondok.